Human Resource Management Information System (HRMIS) atau Sistem Maklumat Pengurusan SumberManusia merupakan salah satu daripada 15 projek perintis aplikasi perdana Kerajaan Malaysia bagi memastikan pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam dapat melahirkan pekerja yang mahir, terlatih dan bermotivasi. Projek yang dibangunkan sejak tahun 1999 ini dengan peruntukkan sebanyak RM99.89 jutabukan semata-mata sistem aplikasi sumber manusia tetapi merupakan satu pendekatan baru pengurusan sumber manusia yang komprehensif dan bersepadu bagi mengatasi pelbagai halangan pengurusan dalam sektor awam. MRCB Multimedia Consortium Sdn. Berhad (MMCSB) telah dipilih oleh Kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek HRMIS. Pada 1 April 1999, satu upacara menandatangani perjanjian telah diadakan di antara Kerajaan Malaysia dengan MMCSB yang diwakili oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Halim bin Ali dan MMCSB diwakili oleh Dato’ Khalid bin Hj. Ahmad.
Projek ini telah dibangunkan dan kini sedang dilaksanakan di seluruh Perkhidmatan Awam Malaysia. Modul dan submodul yang dibangunkan dalam HRMIS merupakan satu output inovatifyang berubah dari falsafah sistem pengurusan sumber manusia secara konvensional yangmempunyai 27 fungsi sumber manusia kepada 10 fungsi utama Pengurusan SumberManusia Akan Datang (HR To-Be) yang berteraskan kompetensi sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1.
Rajah 1 : Model Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Akan Datang
Antara ciri-ciri utama HRMIS adalah dipacu oleh proses, kemudahan layan diri dan berasaskan web. HRMIS membolehkan setiap anggota sektor awam mengemaskinikan data peribadi dan memohon pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan seperti cuti, tuntutan perjalanan dan kursus yang bersesuaian. Ini menjadikan analisis dan perancangan strategik sumber manusia dapat dilakukan dengan lebih mudah sama ada di peringkat jabatan, Kementerian, Kerajaan Negeri ataupun di peringkat nasional. Terdapat beberapa kelebihan HRMIS iaitu penggunaan teknologi secara optimum, pemantauan berterusan terhadap dasar pengurusan sumber manusia, perkongsian maklumat dalam dan antara agensi dan prestasi anggota perkhidmatan awam.
Di samping itu, data proses sumber manusia sektor awam HRMIS yang disimpan dalam satu pangkalan data secara berpusat membolehkan analisis dan perancanganstrategik sumber manusia dilakukan dengan lebih mudah, sama ada di peringkat jabatan,Kementerian, Kerajaan Negeri atau pun di peringkat nasional. Perubahan yang dibawa oleh HRMIS adalah berdasarkan aliran dan amalan perkhidmatan awam di seluruh dunia yang mencakupi semua urusan sumber manusia seperti yang dinyatakan dalam Rajah 2.
Rajah 2 : Pemetaan Proses-Proses Sumber Manusia Ke Dalam Modul HRMIS
Penggunaan teknologi secara optimum, kebolehan untuk pemantauan secara berterusan terhadap dasar pengurusan sumber manusia, keupayaan dalam perkongsian maklumat dalam dan antara agensi serta prestasi anggota perkhidmatan awam adalah antara beberapa faktor mengapa HRMIS amat diperlukan dalam operasi Kerajaan masa kini. Untuk rekod, aplikasi HRMIS juga telah dipilih ke pusingan akhir bagi Anugerah Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation Public Service Award), di New York.
Rajah 3 : Seni Bina Teknikal HRMIS
No comments:
Post a Comment