Powered By Blogger

Nov 21, 2011

.:HRIS Dan Fungsi Sebagai Kelebihan Dalam Persaingan:.

Kuliah seterusnya disambung dengan menyentuh mengenai penggunaan sistem maklumat dalam memberi kelebihan dalam persaingan. Mungkin ramai pengurusan organisasi di luar sana masih tidak menyedari bahawa sistem maklumat yang menjadi ikutan ramai kini merupakan salah satu kelebihan dalam persaingan perkembangan organisasi. Ini dapat dibuktikan dengan peranan sistem maklumat dan teknologi canggih yang menjadi pemudah dalam kerja seharian. Kelebihan dalam persaingan menggunakan sistem maklumat dapat membantu dalam menjimatkan kos strategi, memudahkan pembezaan strategi, menggalakkan inovasi Strategi, mempergiatkan pertumbuhan strategi, memperkukuhkan perikatan strategi, dan membantu dalam membangunkan lain-lain strategi persaingan.

Untuk berjaya dalam bidang perusahaan dan perniagaan, adalah sangat perlu untuk pengurusan organisasi membangunkan strategi untuk menentang kuasa-kuasa berikut :

· Persaingan daripada pesaing dalam industri;
· Persaingan peserta baru ke dalam industri dan pasaran;
· Gantian produk yang boleh menguasai bahagian pasaran;
· Kuasa tawar-menawar pelanggan;
· Kuasa tawar-menawar pembekal

Di sinilah fungsi teknologi maklumat diperlukan untuk memainkan peranan utama dalam proses penstrukturan semula perniagaan yang mana antara peranannya adalah kebolehan dalam meningkatkan kecekapan proses, meningkatkan komunikasi di kalangan persekitaran dalaman dan luaran organisasi serta memudahkan dalam mewujudkan kerjasama. Perancangan teknologi maklumat yang strategik bukan lagi merupakan satu perancangan ‘sekadar ada’ dalam strategi perniagaan tetapi lebih bertindak sebagai punca dan pemandu dalam perancangan strategik. Teknologi maklumat boleh menukar cara perniagaan bersaing di mana sistem maklumat strategik adalah kaedah di mana sistem maklumat yang menggunakan teknologi maklumat berupaya membantu kemajuan sesebuah organisasi dengan cara mendapatkan kelebihan daya saing, mengurangkan kelemahan daya saing organisasi atau memenuhi objektif strategik organisasi yang lain.

    Lima strategi persaingan yang menggunakan teknologi maklumat sebagai pemandu organisasi adalah yang pertama strategi kepimpinan kos contohnya pendekatan priceline yang menggunakan kaedah bidaan jualan online supaya pembeli menetapkan harga belian. Strategi kedua adalah strategi pembezaan di mana ia berfungsi untuk membezakan produk organisasi daripada pesaingnya contohnya Moen menggunakan reka bentuk pelanggan dalam talian untuk pemasaran produk. Inovasi strategi merupakan strategi ketiga di mana memfokuskan kepada produk, perkhidmatan, atau pasaranyang unik. Contohnya memperkenalkan perkhidmatan dalam talian Amazon dan sistem pelanggan perkhidmatan secara menyeluruh. 

   Strategi seterusnya adalah strategi pertumbuhan organisasi dalam aspek pengeluaran dan pasaran global serta mempelbagaikan perkhidmatan contohnya memesan barangan Wal-Mart melalui penjejakan satelit global. Dan strategi persaingan yang terakhir adalah perkongsian strategi di mana dengan mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan pelanggan, pembekal, pesaing, perunding, dan syarikat-syarikat lain contohnya perniagaan Wal-Mart menggunakan penambahan inventori secara automatik yang disediakan oleh pembekal.

Organisasi yang menekankan penggunaan perniagaan strategik melalui teknologi maklumat akan berupaya mendapatkan persaingan yang berdaya saing dari segi produk, perkhidmatan dan keupayaan. Sehubungan itu, HRIS pun diperkenalkan di dalam bidang perniagaan, perusahaan, dan perkhidmatan bagi menggalakkan lagi pertumbuhan pesat.

No comments:

Post a Comment