Powered By Blogger

Jan 3, 2012

.:Pengrekrutan dan Penstafan:.

Pengrekrutan dan pengambilan kakitangan menyediakan rangka kerja keseluruhan untuk proses perancangan, merekrut, memilih, dan mengambil kakitangan. Matlamat pengambilan untuk mengenalpasti kakitangan yang paling bijak, paling versatil yang organisasi kehendaki. Pengekalan kakitangan terbaik bermula dengan pengambilan yang berkesan dan proses pengambilan kakitangan, strategi, dasar dan prosedur.

Pengrekrutan didefinisikan sebagai proses menarik, menyaring dan memilih individu yang berkelayakan untuk jawatan dalam sesebuah organisasi. Penstafan pula bermaksud proses memilih dan melatih individu untuk fungsi kerja yang khusus dan meletakkan mereka dengan tanggungjawab yang berkaitan.

Dewasa ini, semakin banyak organisasi mengamalkan kaedah pengrekrutan dan penstafan secara dalam talian (online). Tidak kurang juga organisasi yang mengamalkan pengrekrutan secara outsourcing, dan kaedah ini lebih tertumpu kepada organisasi yang memerlukan pekerja asing untuk bekerja dalam bidang pembuatan dan pembinaan. Pihak Kerajaan juga dilihat semakin terbuka untuk menggunakan kaedah pengrekrutan dalam talian (online) ini seperti melalui www.spp.gov.my dan www.spa.gov.my.

Dalam bab kali ini, saya akan mengulas berkenaan kaedah pengrekrutan dalam talian (online) yang kini digunakan secara meluas. Kaedah ini menyediakan permohonan kerja secara online di mana organisasi mengiklankan jawatan kosong masing-masing secara terbuka untuk calon-calon mengemukakan permohonan mereka melalui internet dan sistem pemprosesan permohonan ini juga dilaksanakan secara online oleh majikan. Dua (2) objektif utama mengapa sistem ini dibangunkan ialah :
·         untuk membantu pengurusan sumber manusia mencari calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan dalam organisasi
·         untuk mengurangkan bilangan kakitangan keluar dari organisasi

Kaedah pengrekrutan secara online ini mempunyai beberapa kelebihan dan kekurangan sama ada kepada pengguna atau organisasi. Mari kita kaji bersama-sama :
·         Sistem ini membolehkan organisasi mencapai sasaran lebih luas, membesarkan skop penyelidikan mereka dalam linkungan tempatan dan luar negera, peluang untuk mendapat pemohon yang berkualiti tinggi lebih cerah dan kebanyakkan pemohon adalah golongan muda yang celik komputer, berpendidikan dan menunjukkan potensi kepada organisasi.
·         Berfungsi dalam mengurangkan kos dan masa untuk penyimpanan banyak iklan, mengurangkan kos iklan di akhbar, mengurangkan kos pengeposan, dan mengurangkan beban kerja sumber manusia. Selain itu sistem ini turut membenarkan paparan jawatan di laman web organisasi.
·         Proses pemilihan lebih mudah, calon dan pihak organisasi berupaya menjimatkan banyak masa, organisasi berpeluang untuk menjelaskan kekosongan dan keperluan mereka melalui internet, membolehkan calon melihat jumlah kekosongan disediakan dan untuk memohon kekosongan jawatan tertentu serta mendapat bantuan dari eksekutif sumber manusia membuat pilihan yang sesuai untuk mengisi perjawatan.
·         Kelebihan seterusnya adalah calon boleh mendapat maklumat dengan cepat yang sentiasa dikemaskini.
·         Organisasi berupaya menyelaraskan proses pengambilan
·         Organisasi efisien dalam memberi maklumat yang berguna

Kelemahan sistem ini pula ialah :
·         Sistem akan sarat dengan maklumat di mana menerima banyak permohonan dari calon serta lambakan permohonan dari calon yang tidak layak. Calon juga terpaksa berurusan dengan begitu banyak aplikasi yang tidak sesuai
·         Akses sistem ini juga terhad kepada pengguna di mana hanya kakitangan dalam organisasi boleh mengakses sistem. Pendedahan juga perlu diberikan kepada pengguna baru untuk menggunakan sistem ini
·         Cabaran kepada pihak organisasi untuk mengemaskini maklumat dari masa ke masa. Calon juga harus berjaga-jaga dengan maklumat pengambilan kakitangan yang berubah-ubah.
·         Maklumat dalam sistem juga berisiko untuk hilang dan rosak disebabkan gangguan oleh virus dan spyware

Akibat dari penggunaan sistem pengrekrutan secara online ini juga memberi implikasi kepada pengurusan, antaranya :
·         mengurangkan beban kerja pengurusan sumber manusia dan tumpuan lebih diberikan kepada bidang-bidang tertentu
·         pengurusan kos yang efektif dan dan lebih cekap
·         pengambilan dan pemilihan kakitangan secara online membenarkan capaian kepada pasaran buruh yang lebih luas dan cenderung untuk mendapat calon yang berkualiti tinggi
·         memudahkan pengurusan sumber manusia mengemaskini semua maklumat menggunakan sistem ini

Sebagai kesimpulan, penggunaan kaedah pengrekrutan dan penstafan secara online ini secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti dalam organisasi yang kini semakin berdepan dengan cabaran-cabaran berkaitan teknologi.

(593 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment